Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Bersantai Di Hotel Impian Morib, Banting

Pada minggu lepas Ayuni terlibat sebagai ahli sekretariat yang menguruskan Kem Ibadah 2014 di Morib, Banting selama 3 hari. Kami bertolak ke Hotel Impian Morib dengan bas pada jam 10 pagi, hari Jumaat tanggal 24 haribulan Oktober. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari pejabat.

Hotel Impian Morib, Banting.

Walaupun mengikut peta perjalanan dengan kereta ke Pantai Morib dari KLIA cuma mengambil masa setengah jam, namun sekiranya anda cuba memandu sendiri anda akan akan tersesat di kawasan pekan Kuala Langat sebelum tiba ke destinasi. Ada antara rakan-rakan sepejabat Ayuni yang bercadang hendak memandu sendiri ke Morib dan tidak sampai-sampai sehinggalah kami yang tiba awal dengan menaiki bas telah selesai menikmati makanan tengahari.

Peta yang tidak boleh dipercayai.

Pemandangan bangunan depan hotel. 
Ia lebih kepada konsep resort.

Pada mulanya Ayuni berasa bimbang Hotel Impian Morib tidak akan dapat memberikan keselesaan memandangkan ia sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Namun sangkaan Ayuni meleset setelah meninjau sekitar kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Kesemua 92 buah bilik dalam hotel ini dilengkapi dengan segala kemudahan yang ada termasuk penghawa dingin, suratakhbar, akses internet, bilik mandi dengan pancuran air panas (wajib untuk Ayuni!), televisyen, siaran Astro, peti sejuk, cerek air panas beserta kopi dan teh, papan seterika, dan perkhidmatan bilik (room service). Di luar pula terdapat dua buah dewan (Kelanang dan Jugra), gym, sebuah kolam renang yang besar, padang golf mini, kafe, meja ping-pong dan gelanggang bola tampar pantai. Amat sesuai untuk mereka yang hendak menjalani kursus selama beberapa hari atau sekadar ingin membawa keluarga bersiar di Morib dan menginap di sini. 


Harga sewa bilik-bilik di Hotel Impian Morib agak berpatutan dan tidak mahal. Kadar bayaran mengikut jenis bilik yang disewa (Superior dan Deluxe) iaitu antara RM190 hingga RM250 semalam. Kiranya agak murah berbanding dengan kadar sewa bilik hotel yang Ayuni biasa menginap (dalam RM400 - RM800 satu malam). 

Antara bilik-bilik di mana kami menginap.

Tingkap bilik Ayuni menghadap betul-betul depan kolam renang. 

Di luar bilik Ayuni ada sebuah kolam ikan. 
Ternampak kura-kura ini sedang mengelamun di tepi kolam.
Apa agaknya yang difikirkan oleh seekor kura-kura?

Aktiviti "Picture Perfect". 
Melukis semula potret orang ternama. 

Sesi bercerita tentang hasil potret masing-masing.

Sesi team-building melalui acara sukan berkumpulan.
Dalam senyap-senyap, tiga orang guru lelaki serta ustaz sedang berseronok mandi di kolam renang tatkala kami semua gigih meraih mata bagi kumpulan masing-masing...

Bersantai di tepi pantai beramai-ramai...

Antara "haiwan sembelihan" yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan untuk sesi berkaitan amalan ibadah haji dan korban. Salah seorang ustaz mengucap sambil berkata dia tidak ingin menyentuh "haiwan" berwarna kuning di tengah itu.

Pemandangan matahari terbenam di Pantai Morib.

Kami sempat melintasi rumah salah seorang anak-anak Sidek, jaguh badminton negara, di Kuala Langat. Cuba teka ini rumah anak Sidek yang mana?

3 ulasan:

  1. Pernah tengok rasanya dalam citer cuti cuti cinta

    BalasPadam
  2. wow, biasa menginap rm400-rm800? five star kan. ^_^

    anak2 sidek yang saya kenal dalam kartun ja. kalau real tak pernah ambil tahu sangat pun. hehe

    BalasPadam
  3. macam best je tempat ni, nampak bersih dan selesa

    BalasPadam